Jasa dan sumbangannya Abdur Rahman ibn Auf

Abdul Rahman terkenal sebagai seorang sahabat rasullah s.a.w yang sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah s.w.t. Beliau sanggup menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta penduduk Madinah. Beliau juga menjual tanahnya dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan harta tersebut kapada kaumnya, isteri-isteri nabi dan fakir miskin.[perlu rujukan]

Selain itu juga Abdul Rahman memberi sumbangan dari segi kewangan dan barangan ketika Perang Tabuk iaitu sebnyak 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan dan 1500 ekor unta tunggangngan. Begitu juga, kebaikannya terbukti apabila menyedekahkan 400 dinar kepada setiap bekas tentera Perang Badar yang masih hidup iaitu seramai 100 orang.

Beliau pernah dilantik oleh baginda Nabi S.A.W untuk mengimami solat Subuh dengan dihadiri oleh baginda. Beliau juga menyertai dalam beberapa perang seberti Badar, Uhud , Khandak dan Tabuk.

Abdul Rahman merupakan lambang kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh orang Yahudi.